PENJUALAN GANJA UNTUK TUJUAN PERUBATAN: MUHAMMAD LUKMAN MOHAMAD v PP [2021] 7 CLJ 524
1. PENGENALAN Semasa pentadbiran Pakatan Harapan, terdapat cadangan dan pembaharuan terhadap status dan kebenaran ganja oleh Kerajaan. Bagaimanapun, tiada keputusan jelas mengenai perkara tersebut. Pada 18 Februari 2021, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional-Barisan Nasional akan mengekalkan status terkini ganja seperti yang dikuatkuasakan oleh Akta Dadah Berbahaya 1952. Walaupun status ganja dalam undang-undang semasa tidak berubah, bolehkah kita menjual ganja dengan niat baik untuk menyembuhkan pesakit dari pelbagai penyakit? Muhammad Lukman Mohamad lwn PP [2021] 7 CLJ 524 menjawab persoalan ini. 2. APA YANG BERLAKU ? Perayu dalam kes ini adalah penjual ganja perubatan dalam talian. Pada 7 Disember 2015, sebuah rumah di Banting, Selangor telah diserbu oleh sepasukan polis di mana ia ditemui peralatan untuk menghisap dadah, botol berisi minyak ganja dan dadah di kawasan berbeza rumah. Perayu mendakwa tidak mengetahui terdapat ...