Posts

Showing posts with the label ULASAN KES

HAK UNTUK MENGAKSES KENYATAAN SAKSI: SITI AISYAH lwn PENDAKWA RAYA [2019] 4 MLJ 46

Image
  Pengenalan Seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah membenarkan tertuduh memohon untuk mengemukakan dokumen berkaitan siasatan polis. Walau bagaimanapun, orang yang dituduh tidak berhak menemui atau memeriksa bukti atau bahan dalam milikan pihak pendakwaan sebelum perbicaraan dimulakan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 51A KTJ. Dalam permohonan itu, orang yang dituduh mesti menunjukkan bahawa pengemukaan dokumen adalah perlu atau wajar untuk tujuan sebarang perbicaraan. Salah satu dokumen penting kepada pihak pembelaan ialah kenyataan polis/kenyataan saksi yang diberikan oleh saksi di bawah seksyen 112 KTJ. Persoalannya adakah tertuduh mempunyai hak untuk memeriksa kenyataan polis di bawah seksyen 112 KTJ yang didakwa sebagai dokumen yang mendapat perlindungan mutlak. Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Husdi lwn Pendakwa Raya [1980] 1 LNS 29 Syed Othman HMP menyatakan bahawa kenyataan polis adalah keperluan undang-undang bertulis dalam bentuk seksyen 112 KTJ. Bag...

TUGAS PENDAKWAAN UNTUK MENAWARKAN SAKSI KEPADA PEMBELAAN: ROSLI YUSOF lwn PP [2021] 7 CLJ 681

Image
Hak seseorang untuk membela diri terhadap pertuduhan jenayah termasuk hak untuk mendapat dan menambah bukti lain bagi menyokong pembelaannya. Fakta Material Rosli Yusof, perayu dalam kes ini didakwa mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 Perayu telah ditahan di dalam sebuah Toyota Avanza yang diisi dengan guni beras berisi ganja yang dibungkus. Dia berhujah bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai dadah di dalam kereta itu kerana kereta itu dipandu oleh Kamarul Hisham, yang mempunyai kawalan penuh kereta tersebut. Kamarul Hisham adalah antara 4 tahanan yang telah ditangkap dan disiasat selepas penahanan perayu. Mereka yang ditahan ini tidak didakwa. Mereka juga tidak dipanggil oleh pihak pendakwaan sebagai saksi dalam kes ini dan tidak ditawarkan sebagai saksi kepada pembelaan. Hakim perbicaraan yang arif mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah kerana pihak pembelaan gagal menangkis anggapan statutor...

RINGKASAN KES: TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR V PENDAKWA RAYA [2021]

Image
Fakta Material Perayu merupakan bekas Menteri Kabinet dan setiausaha agung kepada parti UMNO. Beliau juga merupakan pemegang saham kepada syarikat Tadmansori Holding Sdn Bhd. Pada 2013, projek "Perumahan Mampu Milik Wilayah Persekutuan" telah dilancarkan dan perayu meminta Tan Sri Chai Kim Kong (SP19) pengarah kepada Aset Kayamas Sdn Bhd untuk terlibat dalam projek tersebut. Semasa projek itu dijalankan, perayu telah meminta dana politik daripada SP19 dalam lingkungan RM 5 juta hingga RM 6 juta untuk digunakan pada 2 pilihan raya kecil yang akan datang.  Walaubagaimanapun, SP19 telah memberi dana politik bernilai RM2 juta kepada Tadmansori dan bukannya UMNO atas permintaan perayu sendiri. Tengku Adnan kemudiaan dituduh dibawah seksyen 165 Kanun Keseksaan. Keputusan Mahkamah Tinggi Tengku Adnan telah dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan denda RM2 juta setelah didapati bersalah. Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa kesemua 4 elemen di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan telah be...

PENJUALAN GANJA UNTUK TUJUAN PERUBATAN: MUHAMMAD LUKMAN MOHAMAD v PP [2021] 7 CLJ 524

Image
1. PENGENALAN  Semasa pentadbiran Pakatan Harapan, terdapat cadangan dan pembaharuan terhadap status dan kebenaran ganja oleh Kerajaan. Bagaimanapun, tiada keputusan jelas mengenai perkara tersebut. Pada 18 Februari 2021, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin menyatakan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional-Barisan Nasional akan mengekalkan status terkini ganja seperti yang dikuatkuasakan oleh Akta Dadah Berbahaya 1952. Walaupun status ganja dalam undang-undang semasa tidak berubah, bolehkah kita menjual ganja dengan niat baik untuk menyembuhkan pesakit dari pelbagai penyakit? Muhammad Lukman Mohamad lwn PP [2021] 7 CLJ 524 menjawab persoalan ini. 2. APA YANG BERLAKU ? Perayu dalam kes ini adalah penjual ganja perubatan dalam talian. Pada 7 Disember 2015, sebuah rumah di Banting, Selangor telah diserbu oleh sepasukan polis di mana ia ditemui peralatan untuk menghisap dadah, botol berisi minyak ganja dan dadah di kawasan berbeza rumah. Perayu mendakwa tidak mengetahui terdapat ...