APA ITU 'KAWAD CAM' ?
1. Apa itu 'kawad cam'? Pengecaman yang dijalankan untuk menguji samada saksi mata dapat mengenal pasti tertuduh. 2. Apakah peruntukan undang-undang yang membenarkan ujian kawad cam ? Ujian kawad cam diterima sebagai bukti di bawah seksyen 9 Akta Keterangan 1950 . 3. Apakah prosedur untuk menjalankan ujian kawad cam ? Tiada undang-undang bertulis yang menerangkan prosedur untuk menjalankan kawad cam. Walaubagaimanapun, Hakim Vernon Ong dalam kes Pendakwa Raya lwn Joachim Selvanathan [2009] MLJU 748 telah merumuskan prosedur untuk menjalankan kawad cam seperti berikut:- Semua orang yang berada di kawad cam hendaklah terdiri daripada kumpulan etnik yang sama & kategori kehidupan yang sama dengan suspek; Jurang umur antara mereka tidak sepatutnya terlalu berbeza; Mereka yang berada di barisan kawad cam tidak semestinya mempunyai ciri-ciri yang sama; Kawad cam hendaklah dijalankan secepat mungkin; Kawad cam yang berasingan hendaklah dijalankan sekiranya melibatkan 2 ...